UMS meterai penyelidikan populasi gajah Borneo, Orang Utan

UMS meterai perjanjian penyelidikan populasi gajah Borneo, Orang Utan

ROSALAM Sabartly, Hairulazim Mahmud dan Roland Oliver Niun menandatangani dokumen perjanjian penyelidikan mengenai populasi gajah Borneo di UMS, Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Universiti Malaysia Sabah (UMS) memeterai satu perjanjian penyelidikan mengenai populasi gajah Borneo yang dilakukan dalam tempoh tiga tahun sehingga 2026.

Menurut kenyataan dari Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP) UMS, kajian itu melibatkan kerjasama antara UMS  dan Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF) dan Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS).

“Projek ini diketuai oleh pensyarah kanan IBTP, Dr. Nurzhafarina Othman dan menerima peruntukan sebanyak RM1.16 juta daripada MPOGCF,” katanya.

Pemeteraian itu berlangsung dalam satu Majlis Menandatangani RA dan memorandum Persefahaman (MoU) antara MPOGCF, JHLS, UMS dan HUTAN di galeri majlis UMS, Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini.

Acara itu disempurnakan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UMS, Prof.. Ir. Dr. Rosalam Sabartly mewakili UMS, Pemangku Pengurus Besar MPOGCF, Hairulnizam Mahmud dan Timbalan Pengarah JHLS, Roland Oliver Niun.

MoU melibatkan MPOGCF, JHLS dan HUTAN itu akan melakukan kajian mengenai populasi Orang Utan dalam tempoh dua tahun bermula tahun ini yang telah mendapat kelulusan peruntukan sebanyak RM1.23 juta dari MPOGCF.

Pelaksanaan kedua-dua projek bertujuan meninjau dan mengemas kini hasil data kajian dan jumlah populasi sebenar gajah Borneo dan Orang Utan di Sabah.

“Kajian ini juga perlu untuk mengkaji konflik manusia dan hidupan liar terutama kedua-dua spesies dikaji yang akan membantu JHLS untuk merangka paradigma baharu dalam melaksanakan program kesedaran yang bakal dijalankan,” kata kenyataan itu.

Projek ini juga akan memberi penekanan dalam membantu meningkatkan kapasiti pakar tempatan dengan memberi latihan kepada pelapis saintis muda Malaysia di bawah pembiayaan program ijazah Sarjana Sains (MSc) di universiti tempatan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya