UMNO Pulau Pinang terus sokong Zahid sebagai Presiden UMNO, Pengerusi BN - Utusan Malaysia

UMNO Pulau Pinang terus sokong Zahid sebagai Presiden UMNO, Pengerusi BN

MUSA SHEIKH FADZIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

 

GEORGE TOWN: Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang akan terus memberi sokongan kepada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pusat.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, ia demi kelangsungan Kerajaan Madani dalam usaha mereformasikan institusi agar perlembagaan dan semangat keadilan dalam institusi-institusi berwajib di negara ini terus ditegakkan.

”Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang menzahirkan rasa syukur dengan laporan berita berkaitan Ahmad Zahid yang dilepaskan tanpa dibebaskan daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi (YAB).

”Melihat ke hadapan, Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang akan terus memberi sokongan kepada Ahmad Zahid sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pusat,” katanya di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi semalam atas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram (AMLA) membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd. Dusuki Mokhtar memberitahu Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menerima representasi Timbalan Perdana Menteri itu bagi menggugurkan kesemua tuduhan.

Mengulas lanjut, Musa berkata, tindakan pihak pendakwaan memohon prosiding dihentikan adalah selaras dengan peruntukan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 254 Kanun Prosedur Jenayah.

”Berdasarkan 11 alasan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan terhadap Ahmad Zahid, seharusnya memberi pengajaran kepada semua.

”Pada saat ini, betapa perlunya semua institusi keadilan negara diletakkan kembali atas landasan yang sebenar tanpa campur tangan politik pihak tertentu.

“Ia supaya pendakwaan terpilih sebagaimana dikenakan terhadap Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO tidak berulang kepada mana-mana pihak lain,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya