Tunku Ampuan Najihah mangkat

Tunku Ampuan Najihah mangkat

ALMARHUMAH TUNKU AMPUAN NAJIHAH ALMARHUM TUNKU BESAR BURHANUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan, Tunku Ampuan Najihah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin, 100, telah mangkat pada pukul 6.53 pagi tadi di Hospital Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Zafir Ibrahim memaklumkan, jenazah Almarhumah yang juga bekas Raja Permaisuri Agung akan disemayamkan di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah dan akan dimakamkan di Makam Diraja Seri Menanti pada hari ini, selepas waktu Asar.

“Tempoh perkabungan bagi kemangkatan Almarhumah Yang Maha Mulia Bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan adalah selama satu hari iaitu pada hari ini, Jumaat bersamaan dengan 8 September 2023.

“Selepas sahaja pengumuman ini, semua bendera hendaklah dikibarkan separuh tiang di seluruh Negeri Sembilan pada hari ini sepanjang tempoh perkabungan yang ditetapkan.

“Semua masjid dan surau di Negeri Sembilan digalakkan mengadakan majlis tahlil dan doa untuk Almarhumah Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Najihah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin dalam tempoh hari perkabungan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya