TPM seru bank utamakan pinjaman usahawan wanita

TPM seru bank utamakan pinjaman usahawan wanita

AHMAD ZAHID Hamidi merasmikan Karnival Usahawan Wanita yang turut dihadiri Pengerusi Risda, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad di MRSM Batu Pahat, Johor. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Permohonan pinjaman oleh usahawan wanita perlu diberi keutamaan oleh institusi kewangan sama ada agensi kerajaan ataupun bank kerana kadar pembayaran semula oleh golongan itu adalah tinggi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) merekodkan kadar pembayaran semula oleh usahawan wanita adalah sangat tinggi iaitu pada tahap 99.8 peratus.

Beliau berkata, justeru institusi kewangan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah perlu memberikan kerjasama terbaik buat usahawan wanita mengembangkan perniagaan mereka.

“Sesuatu yang saya kena ingatkan kepada ketua-ketua jabatan, bank-bank, saya harap mereka lebih yakin kepada usahawan wanita.

“Mereka harus memberikan banyak pinjaman kepada wanita, mereka harus terus memberikan pinjaman yang besar kepada wanita kerana kebolehpercayaan kepada usahawan-usahawan dan peminjam wanita.

“Contohnya AIM, kadar pembayaran yang dibuat oleh peminjam-peminjam wanita melebihi daripada peminjam-peminjam lelaki, yang tahap kepercayaannya amat kurang berbanding mereka. Ini terbukti apabila AIM dapat mengutip kira-kira 99.8 peratus pinjaman daripada peminjam wanita,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Usahawan Wanita di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Batu Pahat di sini, hari ini.

Tambah Ahmad Zahid, peranan institusi kewangan perlu dikoordinasikan untuk mengelak individu sama memperoleh pinjaman dan bantuan daripada pelbagai agensi.

Jelasnya, ini kerana kerajaan melihat terlalu banyak agensi di negara ini mempunyai peranan serupa dan menyasarkan kepada kumpulan sasar yang sama.

“Akhirnya tugas-tugas itu bertindih, kita mesti mempunyai sistem untuk menyelaraskan dan memantau supaya pinjaman itu tidak hanya diberikan kepada seseorang daripada pelbagai saluran institusi kewangan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya