KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberi penekanan terhadap peningkatan akses kepada pekerjaan bagi golongan orang kurang upaya (OKU) sebagai usaha memperkasa golongan tersebut.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, maklumat mengenai pencari kerja dalam kalangan golongan OKU akan disepadukan dalam portal carian kerja, MYFutureJobs.
“Prosedur operasi standard (SOP) pengambilan OKU pula akan ditambah baik.
“(Ini) bagi mencapai sasaran satu peratus OKU dalam perkhidmatan awam,” katanya ketika berucap semasa pembentangan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Negara. – UTUSAN