Tikam isteri: Jiran masih terkejut, simpati nasib anak-anak mangsa - Utusan Malaysia

Tikam isteri: Jiran masih terkejut, simpati nasib anak-anak mangsa

MAT Radzi Ismail ketika ditemui di rumahnya di Jalan Padang Nyu, Arau, Perlis hari ini.- UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Jiran kepada jururawat yang maut ditikam suaminya di sebuah rumah di Jalan Padang Nyu di sini masih terkejut dan tidak menyangka lelaki berkenaan yang sentiasa kelihatan tenang sepanjang perkenalan mereka melakukan tindakan di luar jangka itu.

Malah, Mad Radzi Ismail,41, juga sedih memikirkan nasib dua orang anak pasangan berkenaan berusia enam dan 10 tahun sekiranya sudah mengetahui ibu mereka sudah tiada.

Katanya, sepanjang mangsa dan suaminya menetap di rumah tersebut sejak empat tahun lalu, dia tidak pernah mendengar mereka bertengkar atau bergaduh sesama sendiri.

“Mereka (jiran) juga kerap bertegur sapa dan sering bertanya khabar sekiranya mereka bertemu. Memang perwatakan dia (suspek) baik dan bukannya seorang yang panas baran malah anak-anak kami juga sering bermain bersama di rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Terdahulu Utusan Malaysia melaporkan, akibat cemburu dengan mengesyaki isterinya berlaku curang dipercayai menjadi punca seorang suami bertinda menikam isterinya dengan sebilah pisau di bahagian kiri dada wanita berkenaan dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Padang Nyu di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, dipercayai telah terjadi pergaduhan terlebih dahulu antara suspek berusia 38 tahun yang juga merupakan pesara tentera dan isterinya,31, merupakan seorang jururawat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) yang pada masa itu sedang bersedia untuk keluar pergi bekerja.

Selepas menikam isterinya di ruang tamu rumah, suspek dikatakan telah membawa wanita berkenaan ke dalam bilik utama dan menutup mangsa dengan selimut tebal seterusnya menghantar dua anak mereka ke rumah pengasuh.

Tambah Mad Radzi, dia yang baharu pulang daripada tempat kerja pada sebelah pagi melihat jirannya itu menghidupkan enjin kereta dan terus memandu dalam keadaan tergesa-gesa keluar dari kediaman mereka.

“Saya bekerja shif malam dan sewaktu pulang pada pukul 8 pagi, saya lihat kenderaan jiran saya masih berada di rumah. Sekitar pukul 9 pagi, saya nampak suspek telah keluar dengan memandu kereta dalam keadaan tergesa-gesa,” katanya.-UTUSAN
Q

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya