PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia sedang mengesan tiga sekeluarga bagi membantu siasatan berhubung kes dadah.
Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, ketiga-tiga yang dicari dikenal pasti sebagai Chan Paik Kim, 56, Chan Jie Kenneth, 28, dan Jared Chan Jie Yew, 25.
“Alamat terakhir ketiga-tiga individu tersebut ialah di No. 17, Jalan Sutera 3, Taman Jalil Sutera, 57000, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
“Kesemua mereka diperlukan bagi membantu siasatan di bawah kes Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Inspektor Norhasriani Muhamad Nor di talian 017-4918404, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Cheras 03-92050357, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.-UTUSAN