Tiga sekawan melakukan samun bersenjata dibenar ikat jamin

Tiga sekawan melakukan samun bersenjata dibenar ikat jamin RM8,000

TIGA sekawan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas pertuduhan melakukan samun bersenjata di Pontian Jun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tiga sekawan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, di sini hari ini bagi tiga pertuduhan melakukan samun bersenjata di Pontian, pada Jun lalu.

Tertuduh, Jepri Misyadi, 37 dan Christoper Mon Lopez@ Mohd Danial Abdullah, 35, mengaku tidak bersalah manakala rakannya Mohamad Syafiq Azman, 25, mengaku bersalah, di hadapan Hakim, V.M Mabel Sheela.

Mengikut kertas pertuduhan, ketiga-tiga lelaki itu bersama tiga lagi rakan sejenayah yang masih bebas melakukan rompakan berkumpulan terhadap tiga mangsa dengan bersenjatakan sebilah parang yang boleh menyebabkan kematian.

Kesemua tertuduh melakukan perbuatan itu pada pukul 6.40 pagi di sebuah rumah di Jalan Haji Salim, Kampung Simpang Kiri Kukup, Pontian, 16 Jun lalu.

Pertuduhan terhadap ketiga-tiga lelaki itu dibuat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S. Thiviya manakala tertuduh-tertuduh itu tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan ketiga-tiga tertuduh diikat jamin RM8,000 setiap seorang dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan selain perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 11 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan lantikan peguam.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN