Tiga penjaja dikompaun berniaga tepi jalan Gravit8 - Utusan Malaysia

Tiga penjaja dikompaun berniaga tepi jalan Gravit8

Gravit8
ANTARA peniaga tanpa lesen yang dikesan MPK di sekitar Gravit8, Kota Bayuemas, Klang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Tiga penjaja tempatan dikenakan tindakan kompaun selepas menjalankan perniagaan tanpa lesen sah di bahu jalan di Tasik Gravit8, Kota Bayuemas di sini, Ahad lalu.

Pengarah Komunikasi Korporat Majlis Perbandaran Klang (MPK), Norfiza Mahfiz berkata, tindakan itu dilakukan selepas pihaknya menerima banyak aduan ketidakselesaan orang awam yang melalui kawasan berkenaan.

“Selain penjaja tiada lesen perniagaan sah, adua itu termasuk keadaan persekitaran dicemari sampah sarap, kesesakan lalu lintas dan mengganggu aktiviti riadah penduduk setempat.

“Ketika penguatkuasaan dijalankan, tiga penjaja tempatan berniaga di lokasi itu dan tiada warga asing,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini tular video di aplikasi TikTok menunjukkan penjaja tidak berpuas hati apabila kawasan itu dipenuhi penjaja terutama pada Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Selain itu, terdapat aduan secara terus kepada MPK seperti berlaku kesesakan jalan keluar dan masuk selain dakwaan pembuangan sampah di merata-rata tempat dan terbiar di jalan raya.

Jelas Norfiza, pihaknya menafikan dakwaan tular di media sosial kononnya tidak mengambil tindakan terdapat penjaja warga asing.

“MPK meneliti aspek perundangan terutama peniaga yang terlibat dalam penyebaran video berbentuk provokasi dan dakwaan berunsur fitnah seumpama itu.

“Kami memegang prinsip kesejahteraan  dan amat menghargai peniaga kecil yang sentiasa patuh kepada peraturan termasuk pemilikan lesen yang sah,” jelasnya.

Tambah beliau, tindakan penguatkuasaan turut dikenakan kepada sembilan penjaja yang berniaga tanpa lesen pada 17 September lalu.

“Dalam pemeriksaan itu, MPK  mengeluarkan notis memberhentikan aktiviti penjaja di bawah Undang-Undang Kecil 3, Undang-Undang Kecil Penjaja (MPK) 2007.

“Pemantauan akan terus dijalankan kerana MPK masih menerima aduan pengunjung yang tidak selesa dengan kehadiran penjaja tersebut,” katanya. – UTUSAN

 

ANTARA peniaga tanpa lesen yang dikesan MPK di sekitar Gravit8, Kota Bayuemas, Klang, Selangor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya