Tiga lelaki didakwa edar 26.18kg ketamin - Utusan Malaysia

Tiga lelaki didakwa edar 26.18kg ketamin

TIGA lelaki yang dihadapkan di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis ketamin seberat 26.18 kilogram minggu lalu. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Tiga lelaki berdepan hukuman mati di tali gantung setelah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis ketamin seberat 26.18 kilogram (kg), minggu lalu.

Tertuduh, M. Thinesh, 21; M. Vikneswaran, 25, dan M. Thinesh Kumar, 26, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret S Punitha.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada ketiga-tiga tertuduh.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga lelaki itu didakwa mengedar dadah jenis ketamin seberat 26.18kg di tepi jalan susur keluar sebelah kanan sebuah stesen minyak di Jalan Gopeng, Kampung Gunung Rapat di sini, pada pukul 9.15 malam, 20 September 2023.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah 39B(2) akta yang sama.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati, boleh dihukum tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Hidayu Zakaria manakala kesemua tertuduh diwakili peguam R. R. Segaran.

Mahkamah menetapkan 26 Disember depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Menerusi laporan media Jumaat lalu, lima lelaki warga tempatan diberkas bersama 26.18kg dadah jenis ketamin dalam tangkapan berasingan di Kampung Gunung Rapat dan Kampung Rapat dekat sini.

Tangkapan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh itu turut membawa rampasan 3.35 liter dadah jenis sama dan methamphetamine seberat 1.82 gram dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM1,571,040. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya