KANGAR: Tiga beradik dari Langkawi mempopularkan produk batik dengan teknik cetakan eko iaitu menggunakan tekapan pelbagai jenis dedaun sehingga menghasilkan corak yang cantik dan menarik. Suraizam Saad, 49, bersama dua adiknya, Suraini dan Suhaila, 40, menceburi bidang tersebut sejak tiga tahun lalu hasil bimbingan Kraftangan Malaysia. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Suraizam berkata, berbeza dengan batik biasa, cetakan eko itu hanya menggunakan bahan-bahan semula jadi dan lebih mudah dihasilkan. “Kami menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti kayu nangka, daun dan akar secang untuk menghasilkan warna pada fabrik sebelum ditekap dengan daun. “Untuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya