Tidak puas hati keputusan pengadil punca kekecohan - Utusan Malaysia

Tidak puas hati keputusan pengadil punca kekecohan

RAKAMAN video kejadian tular kekecohan yang berlaku di padang bola sepak di Taman Dr Seenivasagam di Ipoh kelmarin. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Insiden kekecohan membabitkan sekumpulan individu di padang bola sepak di Taman Dr Seenivasagam di sini, dipercayai berpunca akibat tidak berpuas hati terhadap keputusan pengadil perlawanan.

Video kejadian berdurasi 49 saat yang dirakam orang awam itu tular di media sosial dengan memaparkan beberapa individu dipercayai pemain bertindak mengejar pengadil di atas padang.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, siasatan mendapati kejadian itu berlaku kelmarin, pada pukul 6.55 petang ketika perlawanan Liga Bola Sepak anjuran Persatuan Bola Sepak Ipoh.

Katanya, insiden ketika perlawanan separuh akhir itu membabitkan dua pasukan daripada kelab bola sepak tempatan.

“Dalam kejadian itu, sekumpulan pemain yang kalah tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil lalu mengejarnya selepas perlawanan berakhir.

“Kejadian itu bagaimanapun tidak melibatkan pergaduhan selain tiada kecederaan dilaporkan. Kita juga tidak menerima laporan polis berkaitan insiden berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi dan maklumat palsu berkaitan kejadian tular itu sehingga menimbulkan kegusaran awam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya