Tiba masa tubuh Kerajaan Perpaduan di Johor

Tiba masa tubuh Kerajaan Perpaduan di Johor – Nie Ching

TEO Nie Ching menyampaikan khemah kepada Persatuan Penjaja dan Peniaga kecil daerah Kulai di Pasar Tani Jalan Merbau, Bandar Putra, Kulai
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI : Sebagai sebuah kerajaan negeri yang mendukung Kerajaan Perpaduan, Johor perlu menimbang untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri bagi usaha mengukuh hubungan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Sehubungan itu, Naib Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching berkata, sudah tiba masanya kerajaan negeri menerima wakil daripada PH yang terdiri daripada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah) dalam barisan Exco kerajaan negeri.

“Kerajaan Johor dibentuk lebih awal sebelum Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di peringkat pusat, saya rasa tak ada lagi perbincangan tentang perkara itu.

“Setakat ini, PH berfungsi sebagai pengimbang dalam kerajaan negeri bagi menjalankan ‘check and balance’, sekiranya ada sebarang kekurangan, kita akan hadapi bersama.

“Saya rasa memang ada cadangan tersebut tetapi ia terbuka kerana setakat ini kerjasama (PH-BN) semakin rapat dan ini yang paling penting,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan khemah kepada 120 peniaga Pasar Tani Merbau, Bandar Putra, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri kerana ketika ini kerajaan negeri masih lagi diterajui UMNO dan BN.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac tahun lalu, BN mencatat kemenangan lebih majoriti dua pertiga apabila memenangi 40 kerusi daripada 56 Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pakatan Harapan (PH) pula menang 10 kerusi DUN manakala Perikatan Nasional (PN) pula meraih tiga kerusi DUN.

Mengulas lanjut, Nie Ching yang juga Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP berkata, sekretariat Kerajaan Perpaduan wajar ditubuhkan di peringkat negeri setelah kerjasama PH dan BN sudah semakin kukuh di Johor.

Katanya, situasi itu boleh dilihat semasa gabungan PH-BN memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram bulan lalu.

“Di peringkat negeri masih belum ditubuhkan Sekretariat Kerajaan Perpaduan seperti yang ada di peringkat Persekutuan membabitkan semua parti politik dalam Kerajaan Perpaduan.

“Saya rasa sudah sampai masa untuk seketeriat Kerajaan Perpaduan dibentuk di peringkat negeri ataupun seterusnya di peringkat bahagian-bahagian dan juga Parlimen supaya kita boleh rapatkan kerja sama,” katanya.

Jelasnya, peranan seketariat itu untuk memastikan bahawa informasi dan maklumat daripada Kerajaan Perpaduan boleh disampaikan kepada semua lapisan masyarakat.

“Jadi, sekreteriat Kerajaan Perpaduan ini memainkan peranan penting untuk pastikan supaya kita nampak usaha dan hala tuju yang sama untuk membantu masyarakat,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya