Tiada syarat beli gula premium di Melaka

Tiada syarat beli gula premium di Melaka

KEBANYAKAN kedai runcit dan pasar raya di Melaka hanya menetapkan had pembelian bagi setiap keluarga berbanding memaksa pelanggan membeli gula pasir premium berserta gula pasir biasa. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pembelian gula pasir kasar biasa di negeri ini tidak dikenakan sebarang syarat tambahan oleh peniaga.

Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa kedai runcit dan pasar raya besar di sini mendapati, pelanggan tidak dikenakan syarat tertentu seperti perlu membeli gula premium sebelum dibenarkan membeli gula biasa.

Pelajar, Nur Natasya Mohd. Noor, 23, berkata, setakat ini dia tidak berdepan masalah membeli gula pasir biasa di kedai-kedai runcit.

Katanya, barang kawalan itu juga diperolehi dengan mudah di sekitar kawasan tempat tinggalnya.

“Bekalan gula masih banyak dan saya boleh mendapatkannya dengan mudah. Setakat ini saya tidak pernah lihat peniaga meletakkan syarat tertentu untuk membeli gula pasir seperti yang tular baru-baru ini,” katanya ketika ditemui.

Sebelum ini, akhbar melaporkan terdapat peniaga yang ‘mewajibkan’ pelanggan membeli gula pasir premium bersama dengan gula biasa.

Tindakan tersebut mengundang rasa tidak puas hati banyak pihak berikutan syarat dikenakan membebankan, selain menafikan hak pembeli untuk memilih.

Sementara itu, pembantu gerai, Syahirah Johar, 24, berkata, rata-rata kedai runcit atau pasar raya yang dikunjunginya hanya mengenakan syarat had pembelian.

Menurutnya, walaupun terdapat had pembelian, gula pasir biasa tetap diperoleh dengan mudah.

“Setakat ini belum jumpa lagi kedai yang meletakkan pelbagai syarat yang tidak masuk akal. Peniaga hanya menetapkan had pembelian iaitu tiga peket satu kilogram gula untuk satu keluarga.

“Syarat perlu membeli gula premium sebelum membeli gula biasa hanya menyusahkan rakyat. Gula tetap gula, kegunaannya tetap sama. Jadi mengapa saya perlu membeli gula premium yang lebih mahal sedangkan ada yang lebih murah?,” soalnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya