Tiada kompromi isu integriti penjawat awam

Tiada kompromi isu integriti penjawat awam

Zulkapli Mohamed
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penjawat awam perlu berpegang kepada integriti dalam usaha memperkasa pembangunan ekonomi, kata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Sehubungan itu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Dr. Zulkapli Mohamed berkata, pihaknya tidak berkompromi dengan isu integriti selaras dengan prinsip jabatannya, ‘amanah dijulang, integriti dipegang, kejujuran diserlahkan’.

Katanya, selaku pegawai-pegawai di setiap kementerian dan jabatan diterajui, integriti adalah perkara yang perlu diberi keutamaan. 

“Kita bertanggungjawab memastikan keseluruhan modal insan yang berada dalam organisasi memahami dan menghayati sifat jujur dan amanah. Seterusnya, menterjemahkan nilai-nilai murni tersebut dalam setiap bentuk tindakan yang dilakukan. 

“Hanya dengan iltizam yang kukuh menjauhi rasuah dan salah guna kuasa menerusi integriti dapat melonjakkan Malaysia sebagai negara maju dan bermaruah dan disegani di persada antarabangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.  

Pada 27 September lalu, JPA menganjurkan Persidangan Pemerkasaan Integriti bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Ketua Audit Negara (KAN) dan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen Malaysia di sebuah hotel dan Pusat Konvensyen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 

Persidangan itu mengangkat tema ‘Membudaya Integriti, Memperteguh Malaysia Madani’. 

Dalam pada itu, Zulkapli turut mengingatkan semua Ketua Setiausaha dan Ketua Jabatan mengambil perhatian serius teguran-teguran Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) dalam usaha mengurangkan isu-isu ketirisan, pembaziran dan salah guna kuasa. 

“Mereka turut diminta bersiap dengan sebarang teguran yang akan dibentang di Parlimen bulan depan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya