Tiada keperluan tubuh Kerajaan Perpaduan di Johor buat masa ini

Tiada keperluan tubuh Kerajaan Perpaduan di Johor buat masa ini

Onn Hafiz (tengah) melawat ruang pameran produk usahawan tempatan di Mini Karnival Maju Johor yang diadakan di Kota Iskandar, Iskandar Puteri, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan tiada keperluan penubuhan Kerajaan Perpaduan di negeri ini, seperti yang telah dilakukan di peringkat pusat.

Menurut beliau, hal itu kerana kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) ditubuhkan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang diadakan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Alhamdulillah, Johor mempunyai hubungan kerjasama baik dengan kerajaan Persekutuan, saya secara peribadi selalu berhubung dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menangani pelbagai isu bagi membantu rakyat Johor walaupun ini kerajaan BN.

“Namun kita tetap berlaku adil kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) dimana semua keperluan mereka dibantu, malah mereka juga menerima peruntukan sama seperti ADUN BN.

“Jadi bagi saya, tiada (keperluan rombakan exco). Tetapi saya maklum permintaan pihak mereka (PH), itu pun melalui laporan-laporan berita. Tiada pertemuan rasmi yang dibuat berhubung perkara ini.

“Thing’s are stable at the moment, and I think tak perlu ada perubahan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Mini Karnival Maju Johor yang diadakan di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor, Mohd. Hairi Mad Shah dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor.

Bagaimanapun, menurut Onn Hafiz lagi, pihaknya kekal bersikap terbuka dimana perbincangan berhubung perkara itu sepatutnya dilakukan secara tertutup dan bukan melalui media massa.

“Daripada segi rombakan exco ini, ia bukan semudah itu. Tak kan saya nak buang tiga exco BN. Apa pun Johor ada cara Johor. Jadi apabila melibatkan soal seperti tukar exco atau tukar Menteri Besar, semestinya perkara itu perlu mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar,” jelasnya.

Sebelum ini, beberapa pemimpin PH termasuk Timbalan Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan meminta agar kerajaan Johor melakukan rombakan terhadap barisan exco dengan memberikan tiga jawatan itu kepada ADUN PH.

Perkara sama turut disuarakan Naib Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching yang memberitahu sudah tiba masa kerajaan Johor menerima wakil daripada PH yang terdiri daripada DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) dalam barisan Exco kerajaan negeri. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya