Tiada kelulusan khas program RTK 2.0 untuk PATI mula tahun ini

Tiada kelulusan khas program RTK 2.0 untuk PATI mula tahun ini

RUSLIN JUSOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mana-mana pendatang asing tanpa izin (PATI) bermula 1 Januari tahun ini tidak lagi dibenarkan memohon Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK 2.0).

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, pihaknya menafikan mengeluarkan kelulusan khas bagi pemohon program berkenaan selepas tarikh 31 Disember 2022 seperti didakwa dalam rakaman suara yang tular melalui aplikasi WhatsApp.

Jelasnya, rakaman suara yang tular ini mendakwa terdapat kelulusan khas akan diberikan hanya kepada 5,000 pemohon yang memasuki negara ini pada tahun 2023.

“Jabatan ini sekali lagi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan ini dan memohon supaya orang ramai tidak terpedaya dengan taktik penipuan ejen atau orang tengah seumpama ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ruslin menegaskan, pihaknya tidak akan melaksanakan kelulusan khas itu kerana ia melanggar dasar yang ditetapkan kerajaan semasa pelancaran program RTK 2.0 pada 27 Januari lalu.

Jelasnya, dasar tersebut adalah jelas bahawa hanya warga asing yang menjadi PATI di negara ini sehingga 31 Disember 2022 sahaja layak dan akan dipertimbangkan kelulusan RTK 2.0.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan dan keresahan dalam kalangan masyarakat.

“Sila layari portal rasmi dan akaun media sosial rasmi JIM untuk mendapatkan maklumat tepat serta terkini berkaitan Jabatan ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya