Tiada ahli UMNO dipecat - Asyraf Wajdi - Utusan Malaysia

Tiada ahli UMNO dipecat – Asyraf Wajdi

ASYRAF Wajdi Dusuki dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Menara Dato' Onn di Kuala Lumpur, malam ini. -FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Soal pemecatan ahli UMNO tidak dibangkitkan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu malam ini.

Ini sekali gus menafikan spekulasi pemecatan ahli parti seperti didakwa seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Isham Jalil.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, soal pemecatan ahli bukan agenda utama mesyuarat tersebut.

“Tak ada apa pun, ia setakat kenyataan media yang ada, isu apa dibangkitkan (Isham), dia pun tak datang jadi tak bangkit apa-apa.

“Tak timbul sebarang isu kerana keputusan tubuh kerajaan dibuat pada 23 November 2022 dan itu keputusan parti, dibuat oleh MKT dan diabsahkan dalam Perhimpunan Agung UMNO,” katanya dalam sidang akhbar selepas hadir mesyuarat itu di Menara Dato’ Onn malam ini.

Pada masa sama, katanya, keputusan dalam MKT adalah konsensus dalam semua perkara.

“Dalam MKT, 56 ahli semua setuju dalam mesyuarat. Cuma ada dua orang pandangan berbeza tapi akhirnya, semua buat ketetapan bersama tidak ada pun timbul isu berbangkit di luar, cuma baru-baru ini sahaja,” katanya.

Katanya lagi, soal status Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis diserahkan kepada Lembaga Disiplin untuk tindakan selanjutnya.

Asyraf Wajdi menjelaskan, Mesyuarat MKT kali ini membincangkan mengenai beberapa perkara antaranya soal penambahbaikan dan pemerkasaan parti berpandukan dapatan bedah siasat (post-mortem) keputusan enam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Katanya, MKT juga bersetuju mengadakan Konvensyen UMNO bahagian-bahagian.

Ia memfokuskan aspek pengukuhan organisasi parti dan membumikan kefahaman ahli-ahli parti di peringkat akar umbi mengenai ketetapan-ketetapan dasar yang menyentuh soal prinsip dan hala tuju perjuangan parti Kerajaan Perpaduan.

“MKT turut bersetuju memperkukuh dan memperkasakan lagi hubungan kerjasama UMNO dengan rakan-rakan parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) di semua peringkat.

“Termasuk negeri-negeri dan bahagian-bahagian seluruh Malaysia bagi memastikan kestabilan politik negara dan kemakmuran rakyat melalui Kerajaan Perrpaduan sebagaimana ketetapan MKT sebelum ini,” katanya.

Tambah Asyraf Wajdi, MKT mempertimbang cadangan Perdana Menteri untuk mewujudkan kembali Konvensyen Ekonomi Bumiputera dan UMNO menawarkan untuk mengurus-selia penganjurannya sebagaimana pernah dilaksanakan pada 1965 sehingga tertubuhnya MARA setahun kemudian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya