Tertarik hadir ke MSAM 2023 walaupun tinggal jauh - Utusan Malaysia

Tertarik hadir ke MSAM 2023 walaupun tinggal jauh

KHAIRUL HAMZI Abu Bakar (kiri) mendengar penerangan oleh petugas berhubung akaun ASB di MSAM yang berlangsung di Setia Fontaines, Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KEPALA BATAS: Sebuah keluarga dari Kepala Batas, Kedah sanggup menempuh perjalanan sejauh hampir dua jam semata-mata untuk menghadiri Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2023 di Setia Fontaines, Bertam di sini hari ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Khairul Hamzi Abu Bakar, 38, berkata, mereka mendapat tahu mengenai Karnival Literasi Kewangan Terbesar di Malaysia yang dianjurkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu melalui laman Facebook.

“Semasa dalam perjalanan ke sini, kami cuma singgah untuk makan-makan sahaja di Baling (Kedah) kerana anak-anak sendiri sudah tidak sabar untuk ke MSAM.

“Walaupun terpaksa balik ke Kedah petang ini juga kerana anak-anak bersekolah esok, namun, saya gembira kerana kami dapat manfaatkan masa yang singkat ini dengan sebaiknya,” katanya yang datang bersama enam ahli keluarga yang lain.

HARI pertama karnival MSAM 2023 di Setia Fontaines, Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang hari ini menyaksikan orang ramai tidak melepaskan peluang hadir termasuk bersama ahli keluarga masing-masing.

Bermula secara rasmi bermula hari ini hingga 8 Oktober ini, orang ramai berpeluang untuk mengikuti pelbagai program interaktif dan menarik sepanjang MSAM berlangsung.

Ini termasuk permainan, rancangan bual bicara, kuiz, penampilan selebriti tempatan, konsert selebriti dan sebagainya.

Selain itu, pengunjung bertuah juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik termasuk hadiah utama serta hadiah harian yang keseluruhannya bernilai hampir RM1.4juta itu.

Dalam pada itu, seorang lagi pengunjung, Nurul Athirah Yussof, 37, gembira kerana MSAM 2023 menyediakan pelbagai peraduan termasuk kuiz mudah dengan pelbagai hadiah yang menarik untuk dimenangi.

Bagi, Nor Aina Shahrudin, 18, karnival MSAM memberi peluang kepada remaja sepertinya untuk membuka akaun pelaburan demi manfaat masa depan.

“Sebelum ini, saya hanya menyimpan wang dalam akaun simpanan biasa sahaja dan tak pernah terfikir untuk membuka ASB (Akaun Simpanan Bumiputera).

“Mungkin selepas ini saya akan cuba pula untuk tarik kawan-kawan lain yang belum ada akaun ASB untuk berbuat demikian,” katanya yang datang dari Bukit Mertajam bersama seorang rakan.

Berikut jadual MSAM 2003 pada 1 Oktober (Ahad):

4 ptg – 6.30 ptg : Majlis Perasmian MSAM oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (khemah utama)

7 mlm – 9 mlm : Majlis Doa Selamat MSAM (Masjid Abdullah Fahim, Bertam)

8.30 mlm – 10 mlm : Labur Ria
Hos: Izzue Islam Artis: Ella, Black
(khemah utama)

– UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya