Terengganu peroleh banyak projek dalam RMK12 - Utusan Malaysia

Terengganu peroleh banyak projek dalam RMK12

AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mendedahkan Terengganu memperolehi banyak projek dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan sedang memberi fokus untuk menyiapkannya mengikut jadual ditetapkan sebelum ini.

Beliau berkata, tiada sebarang isu timbul kononnya Terengganu dipinggir atau tidak dilibatkan dalam usul Kajian Separuh Penggal (KSP) RMK12 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin lalu.

Menurutnya, pembentangan itu adalah berkaitan dengan kajian separuh penggal untuk membuat penambahbaikan atau beberapa perubahan yang perlu.

“Bagi saya, apa yang paling penting ialah kita masih lagi mempunyai sejumlah projek yang  banyak dalam RMK12 di Terengganu.

“Kita ada pelbagai kategori projek, ada yang masih tangguh, lambat siap, terbengkalai pun ada selain ada juga jauh lagi dari waktu untuk disiapkan. 

“Jadi, ini yang patut diberi fokus sebenarnya, jangan hanya kita fokus perkara baharu tapi perkara lama itu tertinggal,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Program Simposium Pelaksanaan Syariah Dalam Itqan Al-Muluk Bita’adil As Suluk di sini, hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin.

Pada Isnin lalu, Anwar membentangkan KSP RMK12 bertemakan ‘Malaysia Madani: Mampan, Sejahtera, Berpendapatan Tinggi’ pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat.

Ia mengetengahkan 17 anjakan besar untuk memangkinkan pembangunan sosioekonomi melalui tiga fokus utama iaitu memperkukuh kemampanan, pembangunan sejahtera dan mencapai berpendapatan tinggi.

RMK12 yang dilaksanakan dengan peruntukan RM400 bilion yang dibentangkan pada 27 September 2021, merupakan fasa pelengkap rancangan pembangunan lima tahun negara (2021-2025) ke arah mencapai status negara maju dan inklusif. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya