Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Melaka, Kementerian Sumber Manusia, menghantar enam orang tenaga pengajar ke Jepun bagi mengikuti Latihan Pendidikan dan Vokasional (TVET ) di Jepun baru-baru ini.
Program dibiayai sepenuhnya oleh Agensi Kerjasama Antarabangsa (JICA) yang berlangsung pada 11 hingga 23 September 2023 disertai wakil ADTEC Melaka iaitu daripada Tengku Zunida Tengku Yahya Shah, Shaari Abd
Hashim, Noorazmi Ab Rahman, Badri Sidek, Mohd Hairudin Jaffri dan Johari Abdul Hamid.
Program ini sebagai salah satu usaha kerajaan untuk meningkatkan kemahiran tenaga pengajar TVET dan seterusnya menghasilkan tenaga mahir negara yang berkemahiran tinggi.
Di samping itu, program juga membuktikan usahasama peringkat antarabangsa dalam usaha kerajaan memfokuskan kepada TVET Madani. -UTUSAN