Tangani segera isu kenaikan harga barangan keperluan asas - Utusan Malaysia

Tangani segera isu kenaikan harga barangan keperluan asas

MOHAMED RIZWAN ABDUL GHAFOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

 

GEORGE TOWN: Pelan jangka panjang Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) tidak akan memberi kesan kepada sektor ekonomi tempatan sekiranya kerajaan masih gagal menangani isu kenaikan harga barangan keperluan asas seperti beras.

Presiden Komuniti India Muslim Malaysia (IMCom), Mohamed Rizwan Abdul Ghafoor berkata, pelan pembangunan bernilai RM415 bilion yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam itu tidak dapat memberi impak besar kepada rakyat yang terbeban dengan kenaikan harga makanan seharian.

”Selain melabur dengan jumlah pelaburan yang tinggi, kerajaan perlu juga lihat di peringkat bawah iaitu soal kenaikan harga barangan.

”Peniaga dan pengguna kini tersepit serta terbeban dengan kenaikan harga barangan keperluan yang tidak terkawal pada masa ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Anwar semalam melancarkan pelan pembangunan bernilai RM415 bilion bagi merancakkan pertumbuhan aktiviti ekonomi ketika negara berdepan kelembapan permintaan global, kekangan hutang lebih RM1 trilion dan cabaran ketidakstabilan politik berterusan.

Semakan RMK12 itu menyaksikan peningkatan pelaburan dalam sektor strategik, pelaksanaan infrastruktur penting dan menangani isu struktur yang membelenggu negara berdekad lamanya.

Menurut Mohamed Rizwan, kerajaan pada masa ini perlu mengambil langkah segera untuk memastikan barangan keperluan kekal pada harga munasabah.

”Kenaikan harga barangan memberi impak dan tekanan yang amat tinggi kepada kehidupan rakyat.

”Disebabkan itu, kerajaan perlu memberi tumpuan kepada perkara paling asas dalam kehidupan rakyat iaitu mengawal kenaikan harga barangan keperluan asas,” katanya.

Mohamed Rizwan yang juga seorang peniaga kafe berkata, kerajaan sudah pastinya tidak mahu Malaysia menjadi sebuah negara yang mana golongan kaya akan bertambah kaya, manakala yang miskin akan terus miskin dan hidup dalam tekanan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya