Syed Saddiq duduk di kerusi bahagian belakang Dewan Rakyat seorang diri 

Syed Saddiq duduk di kerusi bahagian belakang Dewan Rakyat seorang diri 

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman dilihat berseorangan tanpa diapit ahli-ahli Parlimen lain di Dewan Rakyat setelah kerusinya dipindahkan ke blok pembangkang di bahagian belakang. 

Pada asalnya, semasa berada di blok kerajaan, kerusi Syed Saddiq yang bernombor D7, berada di kedudukan paling strategik di bahagian tengah barisan kedua blok kerajaan, bersebelahan dengan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ahli Parlimen Damansara, Gobind Singh Deo. 

Berdasarkan pelan kedudukan Dewan Rakyat, Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu dilihat duduk di kerusi bernombor E38 dengan terdapat empat kekosongan kerusi di sebelah kanannya. 

Beliau bagaimanapun dilihat duduk sebaris dengan Ahli Parlimen Gerik, Fathur Huzir Ayob; Ahli Parlimen Pasir Salak, Jamaludin Yahya dan Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor. 

Di blok kerajaan, beliau dilihat berdekatan dengan kerusi Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee dan Ahli Parlimen Kluang, Wong Shui Qi. 

Semalam, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, Syed Saddiq akan ditempatkan di blok pembangkang pada persidangan Dewan Rakyat mulai hari ini susulan keputusannya untuk menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan.

Semalam, Syed Saddiq menarik diri sebagai penyokong kerajaan dan memilih menjadi pembangkang kuasa ketiga dalam Dewan Rakyat. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya