Sunway Carnival ceriakan sekolah rai semangat Hari Kebangsaan - Utusan Malaysia

Sunway Carnival ceriakan sekolah rai semangat Hari Kebangsaan

KAKITANGAN Sunway Carnival Mall dan pelajar bekerjasama mengecat bilik darjah di SMK Seberang Jaya, Pulau Pinang mengambil semangat sambutan Hari Kebangsaan semalam. - Pix: SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUTTERWORTH: Seramai 20 kakitangan Sunway Carnival membantu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih menarik menerusi Projek ‘Painting More than Colours’ di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seberang Jaya, di sini semalam.

Program berbentuk tanggungjawab sosial korporat (CSR) membabitkan enam buah bilik darjah pelajar Tingkatan Lima turut mengambil semangat sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 kelmarin.

Pengurus Besar Sunway Carnival Mall, Chai Wen Yew berkata, program itu turut membuktikan komitmen pusat beli-belah terbabit yang mahu memupuk suasana persekitaran sekolah yang lebih ceria dan kondusif untuk sesi pengajaran serta pembelajaran.

KAKITANGAN Sunway Carnival Mall dan pelajar bekerjasama mengecat bilik darjah di SMK Seberang Jaya, Pulau Pinang mengambil semangat sambutan Hari Kebangsaan semalam.

“Kami bersama 15 pelajar dan tiga guru bergotong-royong membuang cat lama, memperbaiki lubang di dinding yang retak serta menjalankan kerja mengecat di sekolah berkenaan.

“Selain itu, lukisan mural bertemakan Masa Depan Mampan turut dihasilkan sekali gus menjadikan kawasan persekitaran lebih estetik.

“Projek ini turut meningkatkan semangat dan menyemarakkan lagi rasa tanggungjawab dalam diri para pelajar,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Pada majlis sama, sekolah terbabit turut menerima sumbangan sebuah komputer dan mesin pencetak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya