KUALA TERENGGANU: Negara boleh berhadapan kepupusan sumber ikan seperti yang berlaku di Vietnam ekoran aktiviti tangkapan semakin rakus dan penggunaan pukat tunda yang merosakkan habitat sumber protein itu. Memburukkan lagi keadaan kehadiran nelayan asing secara haram yang melakukan aktiviti penangkapan secara agresif dan membawa hasil tangkapan ke negara mereka. Kebanyakan nelayan asing terlibat dipercayai menangkap ikan dan sotong menggunakan pukat tunda ganding yang mengancam dan merosakkan sumber hasil laut termasuk terumbu karang. Seorang nelayan tempatan, Abdul Rashid Ahmad, 52, berkata, nelayan bot asing kebiasaannya dipercayai ‘berkampung’ berbulan-bulan untuk mengikis hasil…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya