SPRM lengkapkan siasatan isu curi REE membabitkan Sanusi

SPRM lengkapkan siasatan isu curi REE membabitkan Sanusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melengkapkan siasatan berhubung isu kecurian unsur nadir bumi (REE) Hutan Simpang Bukit Enggang, Sik, Kedah yang dikaitkan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, kertas siasatan dikemukakan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk kajian dan tindakan selanjutnya.

Bagaimanapun, katanya, keputusan berhubung kes itu dijangka akan ditentukan pihak DPP dalam tempoh terdekat sama ada untuk membuat pertuduhan atau sebaliknya.

“Siasatan berkenaan kes REE sudah diserahkan kepada DPP untuk kajian. 

“Keputusan menuduh atau tidak, kemungkinan pihak mereka akan buat keputusan dalam tempoh terdekat,” katanya selepas Program Menembak SPRM Bersama Media sempena Ulang Tahun SPRM ke-56, di Kajang di sini hari ini.

18 Julai lalu, media melaporkan, SPRM menyiasat skandal kecurian REE didakwa dijalankan secara haram sehingga mengakibatkan kerugian kepada kerajaan.

Susulan itu, beberapa kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 17 (A) dan Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 dan mereka juga akan meneliti Seksyen 7 Akta Pencegahan Rasuah 1988.

25 September lalu, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, mengesahkan beliau sudah memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung isu berkaitan unsur nadir bumi (REE) di Sik.

Katanya, proses memberi keterangan kepada pegawai SPRM itu dibuat di pejabatnya minggu lalu dan beliau memberi kerjasama penuh bagi membolehkan siasatan kes berkenaan berjalan lancar.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya