SPRM gubal strategi tangani rasuah 

SPRM gubal strategi tangani rasuah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menggubal strategi dengan lebih berkesan dalam usaha membanteras isu rasuah dalam negara.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, visi dan misi SPRM adalah dengan menjadikan negara aman dan bebas rasuah.

“Jadi, SPRM sebagai agensi yang mencegah rasuah di negara ini mempunyai strategi dan kita akan gubal lagi strategi dengan lebih berkesan dengan cara dan teknologi yang baharu supaya rasuah ini dapat dimaksimumkan penguatkuasaannya di negara ini dengan pencegahan yang lebih impak.

“Antara strategi kita ialah mengurangkan ketirisan dan kita akan memfokuskan kes-kes yang menyebabkan kehilangan dana dan wang kepada negara selain kes berskala besar,” katanya kepada pemberita selepas Program Menembak SPRM Bersama Media di Lapang Sasar Maktab Penjara Malaysia di sini hari ini.

Februari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sasaran utama SPRM ketika ini adalah melaksanakan siasatan dan pencegahan berkesan dan pada masa sama meningkatkan keyakinan masyarakat dalam usaha kerajaan menangani rasuah.

SPRM juga akan memberi tumpuan kepada kes berskala besar bagi menyelamatkan wang rakyat dan tidak lagi sekadar tertumpu kes kecil atau membabitkan golongan ‘ikan bilis’ semata-mata.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya