SPRM campur tangan kes rasuah ahli patologi di Johor

SPRM campur tangan kes rasuah ahli patologi di Johor

AZAM Baki bersalaman dengan peserta ketika menghadiri Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Kali Ke-2 Tahun 2023 di Sepang, Selangor. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan akan menyemak semula kes jenayah dadah membabitkan pegawai dan anggota polis serta seorang pegawai patologi di sebuah hospital di Johor yang ditahan minggu lalu.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya juga akan meneliti kenyataan semua suspek yang ditahan dalam kes itu.

Beliau berkata, pihaknya juga akan melihat kaitan dengan pihak yang memberi rasuah (menyelesaikan kes dadah).

“Kita akan teliti semua perkara berkaitan termasuk kenyataan yang diterima,” katanya ketika ditemui pada Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan Kali ke-2, di sini hari ini.

Katanya, jika wujud kesalahan jenayah dalam siasatan semula itu, maka proses selanjutnya akan dilaksanakan pihaknya.

Kata beliau, pihaknya juga sedang bekerjasama dengan Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.

Sebelum ini, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat memaklumkan, seorang pegawai kanan dan dua pegawai rendah termasuk seorang wanita ditahan SPRM, susulan agensi penguat kuasa itu menahan seorang pegawai patologi sebuah hospital.

Penahanan itu dibuat susulan wujud persoalan berhubung ratusan kes-kes dadah yang mungkin dilepaskan dan perlu disiasat semula ekoran aktiviti rasuah itu.

Sumber juga memaklumkan, hasil siasatan SPRM mendapati 10 pegawai kanan dan 33 penolong pegawai penyiasat di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) seluruh daerah di Johor terbabit dalam merasuah ahli patologi sejak 2018 hingga 2022. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya