‘Sivaji The Boss’ kunjungi Anwar

‘Sivaji The Boss’ kunjungi Anwar

RAJINIKATH membuat kunjungan hormat terhadap Anwar Ibrahim di Bangunan Perdana Putra hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada bintang filem Tamil terkenal, Rajinikanth di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.

Menerusi kenyataan di laman sosial Facebook miliknya, Anwar berkata, antara yang dibincangkan dalam pertemuan santai itu adalah berkaitan elemen kemasyarakatan yang diperjuang beliau untuk diterapkan di dalam filem tokoh perfileman India tersebut pada masa akan datang.

“Saya hargai penghormatan diberikan beliau terhadap perjuangan saya khasnya terkait isu kesengsaraan dan penderitaan rakyat.

“Dititipkan doa agar Rajinikanth terus cemerlang dalam lapangan dan dunia perfileman,” katanya.

Rajinikanth yang kini berusia 72 tahun itu masih aktif dalam dunia perfileman khususnya filem Tamil di India.

Beliau turut dikenali di Malaysia dengan lakonannya di dalam filem Sivaji: The Boss yang ditayangkan pada tahun 2007 dan diarahkan oleh pengarah filem terkenal S. Shankar.

Rajinikath turut membarisi filem pecah panggung antaranya Padayappa, Kabali, Hum, Kaala dan banyak lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya