Shila Amzah harap kemelut keluarga segera selesai - Utusan Malaysia

Shila Amzah harap kemelut keluarga segera selesai

SHILA Amzah dan adiknya, Syahir Amzah akan berentap dalam program realiti Famili Duo musim ke-3 yang bakal bermula 15 Oktober depan di TV3.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: “Sebagai anak, saya mendoakan”

Itu harapan penyanyi, Shila Amzah terhadap krisis yang melanda keluarga, lebih-lebih lagi membabitkan perceraian ibu bapanya yang heboh diperkatakan kini.

Kata Shila, dia dan seluruh ahli keluarga berharap kemelut yang menimpa segera reda dan selesai.

“Anak-anak tidak dipertanggungjawabkan atas sebarang reaksi atau perbuatan ibu-bapa. Sebagai anak saya mendoakan.

“Saya kena betul-betul jaga tutur kata bila bercakap (hal keluarga). Sebab itu saya dan adik saya, Syahir tidak pernah memberi kenyataan berkaitan isu keluarga. Lebih mendoakan sahaja.

“Semoga masalah ini cepat selesai dan reda, fokus pada kebahagiaan masing-masing. Benda terjadi seperti diketahui umum, ini adalah qada dan qadar,” katanya.

Shila berkata demikian selepas sidang media program Famili Duo musim ke-3 bertempat di Putrajaya, petang tadi. Shila dan adiknya, Syahir antara enam peserta yang bakal berentap menerusi program yang ditayangkan di TV3 bermula 15 Oktober depan itu.

Penyanyi Patah Seribu itu juga memaklumkan pemilihan Syahir sebagai pasangan duo menerusi program tersebut adalah disebabkan wujudkan keserasian dan keakraban antara mereka yang mana, akan memudahkan proses kerjasama dalam pertandingan itu nanti.

“Kami ada keserasian dan boleh berkomunikasi dengan baik. Naturally kami memang rapat dan sekepala.

“Dengan latihan dan disiplin, kami akan perbaiki kebolehan nyanyian masing-masing. apa-apa pun, kami nak have fun dalam Famili Duo dan teroka lagi apa yang boleh kami buat sebagai adik beradik,” jelasnya.

Dalam pada itu, menjawab tentang sebab dia tidak memilih adik perempuannya yang juga penyanyi, Shada Amzah sebagai pasangan duo dalam program berkenaan, Shila ada alasannya tersendiri.

“Saya risau  timbul perbandingan kalau saya memilih  Shada sebagai pasangan duo. Saya amat sukakan persaingan, dan suka teroka perkara lain.

“Dengan Syahir pula, dia tak perlu keep up dengan suara saya kerana sebagai lelaki, suaranya berbeza dengan suara saya. Tapi, kelebihannya dia mempunyai nada vokal tinggi dan kami boleh bermain dengan range yang lebih besar.

“Dalam kalangan adik beradik, ada yang kita lebih rapat dan boleh berkomunikasi tanpa risau berlakunya ‘salah bual’. saya memang lebih rapat dengan Syahir dan selalu  bersama. Kami pun sependapat dalam pelbagai perkara berkaitan keluarga. itu menyebabkan lebih senang kami bekerjasama,” katanya lagi.

Famili Duo musim ke-3 mempertaruhkan enam pasangan selebriti yang bakal bersaing merebut kejuaraan sekali gus hadiah wang tunai bernilai RM100,000. Antaranya yang bakal berentap adalah Ariff Bahran dan Haqiem Rusli, Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi, Tom dan Fuad Rahman, Ryan Bakery dan Adam Bakery serta Shila Amzah dan Shahir Amzah.

Pasangan duo keenam bagaimanapun akan diumumkan pada konsert pertama program tersebut yang akan ditayangkan secara langsung pada 15 Oktober depan.

Famili Duo  kali ini mengekalkan penyanyi, Mas Idayu dan Ajai selaku juri tetap sementara Janna Nick pula sebagai hos berpasangan dengan pelakon dan pengacara, Izzue Islam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya