Seronok mempersenda orang lain? - Shila Amzah - Utusan Malaysia

Seronok mempersenda orang lain? – Shila Amzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Seronok mempersendakan orang lain? Di mana sikap peka anda?”

Demikian kenyataan penyanyi, Shila Azmah yang disindir gara-gara masih lagi aktif di media sosial walaupun mengumumkan mahu berehat daripada aplikasi tersebut yang disifatkan terlalu toksik.

Menerusi satu hantaran soal jawab di Instagram, Shila juga menyifatkan para pembuli siber mempunyai kisah lampau yang teruk sehingga tanpa segan membuli orang lain secara maya.

“Adakah anda membesar dalam persekitaran yang buruk sehingga menjadi pembuli di media sosial?

“Saya tidak akan menyalahkan ibu bapa anda. Kekurangan adab anda mengatasi kecerdikan anda,” ujarnya.

Shila baru-baru ini menjadi bahan sindiran segelintir warganet yang tertanya-tanya mengapa penyanyi Patah Seribu masih aktif menjawab soalan peminat walaupun mengumumkan akan berhenti menggunakan media sosial buat sementara waktu.

Tindakan itu diambil berikutan penyanyi itu merasakan media sosial menjadi platform yang terlalu toksik untuk dirinya.

Sebelum itu, Shila menjadi mangsa kecaman segelintir warganet yang mengkritik pakaiannya ketika beraksi di Konsert HausBoom Music 2023, baru-baru ini.

Dalam konsert tersebut, penyanyi Memori Tercipta itu menggayakan baju kemeja merah jambu di luar dan kemeja-T polos putih di bahagian dalam yang dikatakan terlalu ketat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya