Seorang maut, 2 cedera kereta terbabas masuk longkang - Utusan Malaysia

Seorang maut, 2 cedera kereta terbabas masuk longkang

KEADAAN kereta Honda City yang terbabas sebelum terjunam ke dalam longkang hingga mengorbankan seorang mangsa serta mencederakan dua yang lain dalam kejadian di Bukit Mertajam, Pulau Pinang awal pagi tadi. - Pic: IHSAN JBPM PULAU PINANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki terbunuh manakala dua lagi mangsa dipercayai rakannya mengalami cedera ringan selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam longkang di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, kejadian kira-kira pukul 4.06 pagi itu berlaku berhampiran Jalan Star Venue, Taman Tangling Indah, di sini.

Katanya, sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan tersebut, bomba segera bergegas ke lokasi dengan keanggotaan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Bakap.

“Ketika sampai di tempat kejadian, dua daripada mangsa (yang cedera ringan) didapati telah berjaya keluar dengan sendiri daripada kereta jenis Honda City itu manakala seorang lagi masih terperangkap di dalam kereta.

“Kerja-kerja penyelamatan termasuk mengeluarkan mangsa yang tersepit kemudian dilakukan dan mangsa tersebut akhirnya berjaya dikeluarkan kira-kira pukul 5.15 pagi,”katanya di sini, hari ini.

Tambahnya, dua mangsa yang cedera ringan itu telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis.

Beliau memberitahu, operasi menyelamat itu tamat sepenuhnya kira-kira pukul 5.47 pagi tadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya