Selamat jalan hero merah, Blake...

Selamat jalan hero merah, Blake…

ANGGOTA Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat keluar dari lokasi tanah runtuh selepas seharian menyertai operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Tapak Perkhemahan Father’s Organic Farm yang  memasuki hari kedua berhampiran Jalan Batang Kali-Genting Highland, Hulu Selangor. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seekor anjing pengesan milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terpaksa ditidurkan (euthanized) pada jam 4.38 petang semalam selepas dikesan menghidapi barah lymphoma.

JBPM dalam kenyataan mengesahkan, anjing pengesan dari disiplin Cadaver yang diberi nama Blake itu telah didiagnosis menghidap barah itu pada tahap empat 15 Ogos lalu.

Blake sekali lagi dimasukkan ke wad Anjing Kesayangan di Fakulti Veterinar, University Putra Malaysia (UPM) pada 14 September lalu apabila didapati hilang selera makan dan kelesuan selain untuk mendapatkan perkembangan berkaitan barah dihadapi anjing tersebut.

“Sepanjang berada di wad untuk menjalani pemeriksaan kesihatan, anjing ini gagal memberi respon kepada ubat dan rawatan yang diberikan oleh pihak veterinar.

“Malah barah lymphoma yang dikesan pada anjing tersebut juga semakin agresif sehingga merebak ke seluruh badan dan semakin membesar,” katanya hari ini.

Menurut JBPM, hasil perbincangan bersama Pakar Veterinar, Dr. Nur Alimah Rahman dari Fakulti Veterinar, UPM, pihaknya bersetuju dengan keputusan untuk menidurkan Blake kerana kesihatannya yang merosot secara mendadak.

Jelasnya, Blake tiada harapan dipulihkan serta mengelakkan anjing ini menderita dari kesakitan selain mengambil kira kebajikan anjing tersebut.

“Blake yang berusia 7 tahun ini merupakan anjing baka English Springer Spaniel yang berasal dari United Kingdom dan merupakan perolehan JBPM pada tahun 2017.

“Blake banyak menyumbang kepada kejayaan operasi pencarian yang dijalankan JBPM di seluruh negara antaranya  tragedi tanah runtuh di Batang Kali pada hujung tahun lalu.

Selain itu Blake turut membantu mengesan mangsa lemas di Tol Batu 13, Lorong 16, Kampung Kenangan, Selangor; operasi mencari dan menyelamat (SAR) kepala air di Titi Hayun dekat Yan, Kedah dan operasi mengesan mangsa tertimbus di Kampung Temelong, Karak di Pahang.

“Kehilangan Blake sudah pastinya dirasai seluruh warga JBPM dan khidmat bakti yang disumbangkan sepanjang enam tahun berkhidmat akan sentiasa dihargai dan dikenang. Selamat jalan Blake,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya