Segmen Biar Betul! tangkis berita palsu, fitnah

Segmen Biar Betul! tangkis berita palsu, fitnah

FAHMI Fadzil ketika melancarkan segmen khas Biar Betul! di KKD, Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Penyiaran Malaysia bakal menerbitkan segmen khas Biar Betul! bermula Ahad ini menerusi pelbagai platform Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, slot itu susulan laporan fitnah yang tular mengenai isu kononnya caj di klinik kesihatan bakal naik sehingga mencetuskan panik dalam kalangan masyarakat.

“Ia sebenarnya dinafikan oleh Kementerian Kesihatan sendiri semalam tetapi ramai warganet masih percaya dengan lebih 2.8 juta tontonan melalui aplikasi TikTok,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Sebelum ini, RTM menyediakan slot Pastikan Sahih menerusi saluran Berita RTM sejak 2020 lalu dalam usaha memerangi penyebaran berita palsu sebagai sokongan kepada portal Sebenarnya.My yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, kerjasama inisiatif itu juga melibatkan pihak suruhanjaya tersebut dan portal MyCheck.My diselia Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

“KKD bertekad banteras penularan fitnah melalui pelbagai platform media dan menyeru rakyat sentiasa memastikan maklumat diterima adalah daripada sumber sahih,” tegasnya.

Menyentuh mengenai slot Biar Betul!, beliau menambah ia bakal disiar setiap hari selama seminit sejurus slot Kanta 744 di saluran TV1 dan Berita RTM sebelum Berita Perdana dan diulang siar menerusi kesemua wadah media sosial termasuk stesen-stesen radio dikendalikan RTM.

Pada masa sama, Fahmi memohon kerjasama masyarakat jika menerima sebarang informasi meragukan agar melapor segera kepada pihak SKMM melalui portal https://aduan.skmm.gov.my atau talian 1-800-188-030 selain mesej ringkas telefon iaitu SKMM ADUAN diikuti butiran sebelum dihantar kepada 15888.

Aduan juga boleh dibuat melalui e-mel rasmi [email protected] atau mesej aplikasi Whatsapp 016-2206262. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya