Segera naik taraf sekolah daif di Sabah - Utusan Malaysia

Segera naik taraf sekolah daif di Sabah

ANTARA bangunan sekolah yang masih berstruktur kayu di Pulau Balambangan, Banggi, Kudat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMPORNA: Sekolah berstatus daif dan uzur di Sabah perlu segera dinaik taraf dalam menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif kepada murid dan pelajar di negeri ini.

Mengambil kira 54.5 peratus sekolah di Sabah berkeadaan daif dan uzur, langkah segera harus diambil oleh Kementerian Pendidikan (KPM) dalam membaik pulih dan menaik taraf sekolah-sekolah berkenaan.

Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, sehingga kini masih banyak bangunan sekolah di Sabah berstruktur kayu dalam keadaan uzur.

Katanya, ia perlu segera dinaik taraf kepada bangunan konkrit.

Beliau berkata, masalah ba­ngunan sekolah yang uzur itu perlu diberi perhatian segera agar pelajar rasa selamat semasa berada di sekolah.

“Berdasarkan lawatan di beberapa kawasan di pedalaman Sabah, saya mendapati keba­nyakan kemudahan prasarana sekolah masih berstruktur kayu serta usang dan ia perlu diganti dengan bangunan konkrit.

“Perlu juga dilihat kemudahan bagi tenaga pengajar, berdasarkan lawatan saya di beberapa kawasan, kemudahan rumah guru juga perlu diberi perhatian,” katanya semasa merasmikan hari terbuka Pejabat Pendidikan Daerah Semporna di sini semalam.

Mohd. Shafie yang juga Pre­siden Parti Warisan (Warisan) berkata, KPM perlu mempunyai perancangan rapi untuk menaik taraf, melaksanakan pengubahsuaian serta membina semula bangunan gantian untuk sekolah daif yang dikenal pasti.

“Bukan hanya membaik pulih kemudahan prasarana fizikalnya malah, jauh lebih penting adalah bagaimana usaha untuk menaik taraf sekolah-sekolah daif di Sabah ini dengan kadar segera,” katanya.

Menurut rekod Jabatan Pendidikan Negeri pada 2022, terdapat 1,071 sekolah rendah dan 221 sekolah menengah di Sabah.

Daripada jumlah itu, se­kurang-kurangnya 54.5 peratus disifatkan sebagai daif dan uzur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya