Sebahagian laluan jambatan kedua Pulau Pinang akan ditutup hujung minggu ini - Utusan Malaysia

Sebahagian laluan jambatan kedua Pulau Pinang akan ditutup hujung minggu ini

SEBAHAGIAN laluan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) atau lebih dikenali sebagai jambatan kedua akan ditutup sempena program larian Cultural Night Run @ Penang 2nd Bridge pada Sabtu dan Ahad ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Sebahagian laluan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) atau lebih dikenali sebagai jambatan kedua akan ditutup sempena program larian Cultural Night Run @ Penang 2nd Bridge pada Sabtu dan Ahad ini.

Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) memaklumkan, penutupan sebahagian jambatan itu melibatkan laluan sehala keluar pulau dari arah Batu Maung ke Batu Kawan bermula pukul 6 petang Sabtu hingga pukul 2 pagi Ahad.

“Laluan keluar dari Bandar Cassia iaitu Plaza Tol C ke lebuh raya PLUS dan laluan masuk ke pulau dari arah Batu Kawan ke Batu Maung iaitu Plaza A dan B Bandar Cassi serta Plaza JK2PP dibuka seperti biasa.

”Laluan yang ditutup akan dibuka dan beroperasi seperti biasa selepas tamat acara larian tersebut,” katanya di sini hari ini.

Sehubungan itu, JKSB menasihatkan orang ramai menggunakan Jambatan Pulau Pinang sebagai laluan alternatif keluar pulau dan mematuhi semua papan tanda serta arahan yang diberikan.

“JKSB mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua pengguna lebuh raya serta orang ramai juga boleh menghubungi Hotline JKSB di talian 1300-30-2828 untuk mendapatkan maklumat trafik atau ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya