Saya tak minta viral -Pekerja p-hailing pulang jalan kaki

Saya tak minta viral -Pekerja p-hailing pulang jalan kaki

PEKERJA P-hailing tular dalam media sosial apabila sebuah video memaparkannya berjalan kaki sambil menggalas beg makanan selepas motosikalnya disita dalam operasi sekatan jalan raya kira-kira 12 tengah hari di Nilai, Negeri Sembilan, kelmarin. -GAMBAR MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pekerja p-hailing tular dalam media sosial apabila sebuah video memaparkannya berjalan kaki sambil menggalas beg makanan selepas motosikalnya disita dalam operasi sekatan jalan raya kira-kira 12 tengah hari di Nilai, Negeri Sembilan, kelmarin.

Video itu mengundang reaksi pelbagai pihak yang kebanyakannya bersimpati terhadap Muhammad Shahrul Shah Abu Bakar, 26, serta mengkritik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana dianggap tidak bertimbang rasa.

Malah, kurang 24 jam tular, penghantar makanan itu ditemukan oleh pempengaruh, Aisar Khaled yang mahu membantunya.

“Saya nak hantar makanan dari Salak Tinggi ke Nilai, tapi ada sekatan jalan raya, JPJ cakap saman macam biasa, motor kena sita, sebab salah saya cukai jalan mati. Saya tak minta viral,” kata Muhammad Shahrul.

Aisar kemudian membawa penghantar makanan itu ke kedai jualan dan membuat kejutan apabila menghadiahkannya sebuah motosikal untuk meneruskan pekerjaannya.

“Ini rezeki abang,” kata Aisar sambil turut menghulurkan beberapa wang kertas kepadanya.

Muhammad Shahrul mengucapkan terima kasih kepada Aisar di atas bantuan tersebut sebelum berlalu pergi dengan menunggang motosikalnya yang baharu.

JPJ Negeri Sembilan tampil menjelaskan, tindakan tersebut diambil selepas mendapati Muhammad Shahrul melakukan kesalahan menunggang motosikal semasa Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada insurans.

Katanya, tindakan menyita motosikal dilakukan atas tujuan menjaga keselamatan penunggang tersebut dan pengguna jalan raya lain kerana tidak dilindungi insurans. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya