Saya peluk Aedy macam jantan, ‘bro-bro’ - Utusan Malaysia

Saya peluk Aedy macam jantan, ‘bro-bro’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertama kali bergandingan, pelakon Ahirine Ahirudin tidak sukar mendapatkan keserasian bekerja dengan Aedy Ashraf.

Sebulan berkampung di Sarawak bagi menjalani penggambaran filem Tebus, Ahirine banyak melakukan aktiviti bersama Aedy dan rakan pelakon, Idan Aedan.

“Tak susah bekerja dengan Aedy. Awal-awal masuk set, kami rapat dan bina keserasian dengan berbual tentang persamaan yang kami ada.

“Kami sangat profesional. Bukan hanya Aedy tapi juga Idan. Banyak aktiviti yang kami lakukan bersama seperti main game dan tengok wayang,” katanya.

Ahirine Ahirudin ditemui Utusan Malaysia di majlis tayangan dan sidang media Tebus baru-baru ini.

Bercerita lanjut mengenai pengalamannya menjayakan watak Ana, pelakon itu ketawa menceritakan bagaimana dia sangat kekok melakonkan babak peluk bersama Johan lakonan Aedy.

“Sebenarnya kekok juga melakonkan babak romantis terutamanya ketika kena peluk Aedy.

“Waktu pertama kali shoot, saya peluk dia macam jantan, macam sangat ‘bro-bro’.

“Lepas itu, saya kena ulang balik untuk kali kedua. Lepas ditegur pengarah, saya peluk lembut dan lama sikit,” katanya.

Filem Tebus merupakan terbitan syarikat produksi tempatan, Vian Media Sdn Bhd, yang disiarkan menerusi platform penstriman over the top (OTT) terkemuka Amerika Syarikat (AS), iaitu Prime Video.

Tebus memaparkan kisah pengawal keselamatan, Johan lakonan Aedy yang menculik pewaris barangan kemas, Ana untuk mendapatkan jantung di pasaran gelap bagi membantu adiknya, Jalil (Idan).

Dalam tempoh ‘penculikan’ itu, timbul bibit cinta antara Johan dan Ana.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya