Saya mengaku, saya salah - Marissa Dania Hakim - Utusan Malaysia

Saya mengaku, saya salah – Marissa Dania Hakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Enggan terus mengunci mulut, anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Dania Hakim tampil membuat penjelasan berhubung dakwaan menjadi peruntuh rumah tangga sebuah pasangan suami isteri.

Marissa, dalam kenyataan yang dimuat naik di Instastorynya, mengaku salah dan mengesahkan kebenaran beberapa perkara yang ditularkan pihak mangsa.

“Saya mengaku, saya salah. Apa yang diviralkan dan diperkatakan, ada yang benar dan ada juga yang tidak.

“Saya di sini bukan untuk mempertahankan diri, mengatakan saya tidak bersalah dalam beberapa hal.

“Adalah tidak adil untuk hanya mendengar sebelah pihak cerita yang dijaja bukan 100 peratus benar.  Tetapi saya tidak perlu meyakinkan untuk memuaskan hati semua orang,” tulisnya.

Marissa menjadi topik hangat dibualkan netizen selepas didakwa menjalinkan hubungan istimewa dengan suami orang dan mengakibatkan rumah tangga pasangan tersebut berakhir selepas tiga tahun.

Dalam penjelasan sama, remaja berusia 18 tahun itu juga menegaskan dia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pihak yang menularkan cerita sensasi tersebut.

“Antara saya dan pihak yang menularkan, saya sudah tiada kaitan dengan mereka. Cukuplah semua kenyataan yang dikeluarkan untuk memberitahu satu dunia bahawa saya bersalah. Bahawa saya punca dia melanggar taklik dan penceraian berlaku.

“Dan antara saya dan Aslam pula, mungkin banyak andaian terhadap kami. Cukuplah saya dan Aslam sahaja tahu apa sebenarnya terjadi antara kami. Daripada bermulanya semua ini sehingga ianya berakhir.

“Saya mengaku saya bersalah. Tujuan perkongsian ini adalah memaklumkan kepada semua bahawa saya tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan untuk mempertahankan diri sendiri atau memuaskan hati semua orang,” tulisnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya