Saya kalau boleh mahu tangguh kes Ahmad Zahid - Anwar

Saya kalau boleh mahu tangguh kes Ahmad Zahid – Anwar

ANWAR Ibrahim bercakap kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Seri Petaling, hari ini. - UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim nafi memberi arahan kepada bekas Peguam Negara (AG), Tan Sri Idrus Harun untuk mengentikan prosiding perbicaraan sekali gus menyaksikan Timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.

Menurut Perdana Menteri, beliau jika boleh mahu menangguhkan permohanan Peguam Negara itu selepas selesai pilihan raya sekiranya mempunyai kuasa.

“Mereka nak tohmah, tohmahlah tetapi saya bercakap di sini untuk menjelaskan bahawa tidak ada arahan (kepada) Peguam Negara masa itu Tan Sri Idrus Harun (yang) terlibat dalam meneruskan pendakwaan.

“Kemudian dia baca dokumen bocor yang ditulis oleh Jabatan Peguam Negara yang menyatakan tidak bersetuju dengan pendakwaan. Dia juga lihat beberapa fakta baharu 200 halaman yang dikemukakan…lihat percanggahan.

“Tentunya saya sebagai Perdana Menteri tahu kesan dan tuduhan dilemparkan, saya terpaksa tanya panjang kepada Peguam Negara, kenapa keputusan begitu, mengapa sekarang?

“Jadi kalau tanya saya, kalau saya ada kuasa saya nak tangguh. Sebab apa? Saya nak lepaskan dulu semua pilihan raya ini, kemudian Peguam Negara jalankan (pendakwaan)

“Tetapi Peguam Negara tidak bersetuju, beliau kata tarikh awal mahkamah ialah empat hari bulan dan lima hari bulan ialah hari akhir beliau (Ahmad Zahid), jadi beliau menjalankan tanggungjawab, dia tidak mahu melepaskan tanggungjawab yang dia uruskan kepada yang lain, jadi saya tidak boleh menghalang,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 2,500 jemaah termasuk 500 jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling hari ini.

Mengulas lanjut Anwar berkata, beliau tidak menyalahkan rakyat yang mahukan penjelasan lanjut, namun beliau mengesyorkan mereka untuk membaca ketetapan Peguam Negara di mahkamah di hadapan Hakim dan mengapa Hakim setuju dengan usul itu.

“Ada katakan Hakim tidak ada pilihan…tak benar. Badan kehakiman walaupun tertakluk kepada kertas pendakwaan tetapi masih ada wewenang (kuasa) budi bicara.

“Saya bukan bawa pandangan sebagai Peguam Negara, tetapi saya perlu juga elak tohmahan satu-satu pihak kerana Kerajaan Anwar sudah tinggalkan reformasi, tak betul,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya