Sasar Malaysia dalam kedudukan terbaik Indeks Daya Saing Global - Utusan Malaysia

Sasar Malaysia dalam kedudukan terbaik Indeks Daya Saing Global

Daya saing
STEVEN Sim Chee Keong bergambar bersama tetamu yang hadir pada Program Jelajah Belanjawan 2024 Negeri Selangor, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan menyasarkan Malaysia menduduki kedudukan 12 teratas dalam Indeks Daya Saing Global pada masa akan datang bagi mempengaruhi pelabur luar untuk melabur di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong berkata, Malaysia kini berada dalam kedudukan ke-27 dalam indeks tersebut dan ini membuktikan negara berada dalam landasan terbaik bagi mencapai kedudukan tersebut.

“Kedudukan ke-27 ini kita dapat peroleh hasil kerja keras penjawat awam, swasta, rakyat dan Kerajaan Perpaduan dalam tempoh enam bulan lalu.

“Tahun lepas, negara berada dalam kedudukan ke-32 dan kerajaan realisitik untuk mencapai sasaran ini,” katanya ketika berucap pada program Jelajah Belanjawan 2024 Negeri Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS), hari ini.

Jelasnya, pelancaran dua pelan besar, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) dilihat mampu memberikan impak yang besar terhadap negara dalam usaha menceburi industri teknologi tinggi.

Justeru, beliau memaklumkan dua pelan tersebut dijangka dapat mewujudkan peluang niaga sehingga mencecah RM2 trilion dalam tempoh jangka masa panjang.

“Menceburi industri teknologi tinggi seperti pembuatan kereta elektrik, penghasilan tenaga boleh baharu dan lain-lain lagi dijangka dapat memberikan keuntungan kepada syarikat yang menceburi bidang berkenaan serta pekerjanya.

“Kita harus sertai industri ini supaya tidak ketinggalan dengan negara lain yang sudah lama menceburinya,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya