Sasar 360 peniaga sertai U-PLATS - Utusan Malaysia

Sasar 360 peniaga sertai U-PLATS

U-PLATS
MOHD. Najwan Halimi (tengah) menerima baju t-shirt program U-PLATS, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seramai 360 peniaga daripada 12 kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini disasarkan menyertai Inisiatif Usahawan Platform Selangor (U-PLATS) pada sesi kali ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Belia Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan, Pemberdayaan Usahawan dan Ekonomi Kreatif, Pengurusan Bencana, Mohd. Najwan Halimi berkata, sesi kali ini akan bermula bulan ini sehingga Mac tahun hadapan.

“Dalam program ini, peniaga akan diberi latihan untuk menggunakan sistem e-dagang bagi mengurus dan menjalankan perniagaan mereka.

“Selain itu, mereka akan juga akan dilatih untuk mempromosi serta memasarkan perniagaan mereka dalam media sosial,” katanya selepas menghadiri  taklimat Inisiatif U-PLATS, hari ini.

Beliau menambah,  U-PLATS pada asalnya diperkenalkan untuk membantu peniaga daripada golongan perniagaan kecil sederhana (PKS) menjual produk mereka secara atas talian, setelah mereka tidak dapat menjalankan perniagaan secara fizikal akibat pandemik Covid-19 pada tahun 2020.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan sebanyak 20,000 peniaga yang menjalankan perniagaan mereka di Selangor yang telah menyertainya.

“Bagaimanapun, hanya 30 peniaga daripada kesemua PBT sahaja yang dibenarkan menyertai U-PLATS kali ini. Kita akan laksanakan inisiatif ini lagi pada masa hadapan,” ujarnya.

Katanya lagi, para peniaga boleh melayari laman sosial rasmi PLATS untuk mereka mengetahui inisiatif itu dijalankan di kawasan PBT tempat mereka jalankan perniagaan, memandangkan modul pengajaran dalam U-PLATS dijalankan secara berfasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN