Sarawak tiada perancangan perkenal mata wang sendiri

Sarawak tiada perancangan perkenal mata wang sendiri

ABANG Johari ketika ditemui media selepas hadir merasmikan Program Jelajar Anti-Scam Kebangsaan 2023 Peringkat Sarawak di Muzium Budaya Borneo (BCM), di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Kajian perlu dilakukan terlebih dahulu sekiranya Sarawak berhasrat memperkenalkan mata wang sendiri, kata Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg. 

Bagaimanapun, Abang Johari enggan mengulas lebih lanjut berhubung perkara tersebut. 

“Isu ini yang agak susah untuk diperjelaskan, saya tidak tahu mengenai pandangan Nanta Linggi lah (Datuk Seri Nanta Linggi). 

“Kita kena perlu ada kajian yang lebih mendalam terlebih dahulu, tetapi, kita sudah ada mata wang Malaysia. Kita ikut mata wang ringgit Malaysia lah,” katanya dengan jelas dan singkat ketika ditemui media selepas hadir merasmikan Program Jelajar Anti-Scam Kebangsaan 2023 Peringkat Sarawak di Muzium Budaya Borneo (BCM), di sini hari ini. 

Semalam, dalam siaran podcast bertajuk ‘Dari Malaya ke Malaysia: 60 tahun’, Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi membayangkan kemungkinan Sarawak akan memperkenalkan mata wang sendiri, memandangkan keadaan ekonomi tidak menentu di Malaysia.

“Pengenalan mata wang Sarawak antara langkah boleh dipertimbangkan sekiranya keadaan ekonomi negara dalam keadaan kurang memberangsangkan ini berterusan.

“Jika ekonomi Sarawak baik, tetapi, ekonomi negara tidak begitu baik, mungkin Sarawak akan memperkenalkan mata wang kita sendiri sekiranya Sarawak lebih baik daripada yang lain, kenapa tidak (perkenal mata wang kita sendiri),” jelasnya. 

Justeru, Nanta Linggi menegaskan cadangan itu hanya pandangan sekiranya ekonomi Sarawak lebih baik.

Pada masa yang sama, beliau berharap tidak ada pihak yang akan menggelarkannya sebagai pengkhianat susulan langkah memperkenalkan mata wang sendiri negeri itu. 

“Tetapi, saya bercakap dengan serius. Jika kita begitu baik dalam membangunkan ekonomi kita, (maka) secara pengiraan, ekonomi kita sepatutnya kukuh,” tambahnya. 

Bagaimanapun, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, hanya Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa ke atas mata wang negara. 

Bank Negara Malaysia (BNM) diberi kuasa oleh Akta Bank Negara Malaysia sebagai pihak berkuasa tunggal untuk mengeluarkan mata wang di negara ini. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya