Sanggup berhutang demi anjur majlis hari jadi anak - Utusan Malaysia

Sanggup berhutang demi anjur majlis hari jadi anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TERKEJUT juga Cik Bunga bila ada yang khabarkan tentang perangai seorang pelakon wanita ini.

Bukan apa, selama ini jaranglah dapat tengok dia tampil macam orang marhaen, biasa-biasa. Di media sosial, kalau tak tayang benda mewah, ibaratnya bukan dialah itu.

Nak beritahu betapa kehidupannya dilingkari kemewahan pinjaman duniawi, ha gitu.

Tetapi, nak tergelak juga Cik Bunga, dalam pada kononnya kaya raya, serba serbi mewah sebab maklumlah suami pun golongan VIP, tup tup setiap kali hendak buat majlis sambut hari lahir anak-anak, pinjam duit orang.

Aiyo, kata kaya? Tak akanlah hendak buat majlis sendiri pun tergamak meminjam duit orang? Duit rakan artis juga dengarnya. Pula itu, sekali buat majlis hari lahir anak, tak mahu kalah jua.

Pendek kata, kita boleh nampaklah yang dia kononnya berhabis duit juga untuk anjur. Tapi, kalau tak ada duit, bagi Cik Bunga tak payahlah buat. Kalau iya pun, buat secara ikut kemampuan ekonomilah keluargalah kan.

Okey, misal katalah anak dia ada 10 orang? Tak ke banyak pakai duit kalau setiap kali buat majlis minimum dia akan berhabis RM5,000. Masalahnya, bukan orang tak tahu yang suaminya pun kini ada masalah kewangan.

Dalam fikiran Cik Bunga, bukan main ‘spoiled’ anak-anak si artis ini. Kalau susah terbiasa dilayan begitu, setiap tahun mestilah sudah jadi kewajipan ibu bapanya kena buat majlis gah.

Kalau tak, dituntut jua gamaknya sampai berguling-guling meronta atau muncung mulut panjang sedepa. Soalan Cik Bunga satu lagi, dia pinjam-meminjam duit orang itu, akhirnya bayar semula atau tidak?

Jeng ieng jeng… Bimbang esokesok si peminjam naik ‘fed up’, dibuka pekungnya di media sosial. Sudahnya, seantero dunia tahu, dia pun dapat malu. Nasihat Cik Bunga, sudah sudahlah nak hidup di alam khayalan. Berpijaklah di bumi nyata. Tak payah nak jaga standard sangat kalau sudah memang tak berapa nak kaya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya