Salur subsidi padi berasas pengeluaran, tingkat produktiviti

Salur subsidi padi berasas pengeluaran, tingkat produktiviti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skim subsidi padi perlu disalur berasaskan pengeluaran bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran padi dan bukan lagi berasaskan keluasan tanah tanaman padi. 

Pensyarah Sekolah Perniagaan Putra, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Datuk Dr. M. Nasir Shamsudin berkata, langkah itu memandangkan dasar yang sedia ada tidak menghasilkan tahap sara diri yang disasarkan. 

“Selain itu, mengapungkan harga beras Super Special Tempatan (SST) 15 peratus dan digantikan dengan subsidi tersasar kepada golongan miskin terutama miskin bandar. 

“Ini akan mencekapkan rantaian penawaran padi dan beras negara dan dapat mengatasi isu tiada bekalan beras tempatan,” katanya dalam kenyataan. 

M. Nasir berkata, dasar guna tanah perlu dilaksanakan untuk meningkatkan pengeluaran padi dengan pemberian insentif kepada kerajaan negeri daripada kerajaan persekutuan. 

Katanya, kajian oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) telah mencadangkan bahawa insentif tersebut berasaskan nilai perkhidmatan ekosistem guna tanah pengeluaran padi dengan menggubal skim, misalnya ‘Food Security Transfer Payment’. 

“Pada masa sama, berbanding dengan sektor perindustrian, sektor pengeluaran makanan seperti padi terdedah kepada banyak lagi risiko dan ketidakpastian termasuk bencana alam dan ketidaktentuan harga. 

“Untuk mengatasi isu ini, insuran tanaman padi perlu dilaksanakan. Selain daripada penggubalan dasar tersebut, industri padi dan beras negara perlu meningkatkan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi meningatkan produktiviti, teruskan Skim SMART SBB (Program Sawah Berskala Besar) bagi memperluaskan skala ladang dan menerapkan tahap keusahawanan pesawah padi,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya