Salur peruntukan ahli Parlimen pembangkang selepas berunding

Dewan Rakyat: Salur peruntukan ahli Parlimen pembangkang selepas berunding

ANWAR Ibrahim ketika sesi perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini. IHSAN JABATAN PENERANGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Peruntukan untuk ahli Parlimen pembangkang akan disalurkan jika mereka bersedia untuk berunding dengan kerajaan berhubung perkara itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sehingga kini, tiada perbincangan dibuat di antara wakil pembangkang dengan kerajaan mengenai rundingan peruntukan ahli Parlimen.

Anwar berkata, kerajaan melantik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bagi membincangkannya dan kaedah itu sama seperti ketika pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Ini tak payah sain dan bincang…kata ini hak kami, ini bukan hak Ahli Parlimen. Runding setuju kita luluskan, kalau tak sampai bila-bila pun kita tak luluskan.

“Runding jangan sombong dan angkuh tuntut,” katanya ketika sesi menggulung perbahasan Kajian Separuh Penggal (Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat.

Katanya, beliau menafikan tiada peruntukan disalurkan kepada kawasan Parlimen dengan agihan pembangunan disalurkan kepada semua kawasan termasuk dimenangi pembangkang.

“Beza peruntukan di antara pembangunan Parlimen dan Ahli Parlimen? Boleh sebut tiada peruntukan untuk ahli Parlimen.

“Masa Beluran (Datuk Ronald Kiandee) jadi, menteri, kita tiada peruntukan. Kemudian, Bera (bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob), kita bincang baik-baik, kemudian putuskan, kita tanda tangan,” katanya ketika sesi menggulung perbahasan Kajian Separuh Penggal (Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat.

Sementara itu, Anwar menafikan bahwa beliau bertindak zalim dengan menganak tiri empat negeri diperintah Perikatan Nasional (PN) dengan mengurangkan peruntukan, sebaliknya meningkatkan peruntukan berbanding sebelum ini.

Beliau memberi contoh projek tebatan banjir dan beberapa lagi projek yang diumumkan beliau untuk negeri-negeri terlibat.

“Mana boleh cakap sewenangnya soal zalim. Kalau tidak setuju, tidak mengapa jangan putar belit fakta,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya