Sains forensik perlu dalam siasatan jenayah 

Sains forensik perlu dalam siasatan jenayah 

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Siasatan secara konvensional dilihat tidak lagi berkesan untuk menangani trend jenayah yang semakin kompleks.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pendekatan sains forensik perlu diaplikasikan secara meluas dalam setiap penyiasatan kes jenayah agar sistem keadilan negara berjalan dengan baik. 

“Kita sedar kepentingan menangani trend jenayah yang semakin sofistikated dan kompleks dalam era kemodenan sains dan teknologi yang pesat ketika ini,” katanya dalam Majlis Perasmian Penutup Simposium kali ke-4 Sains Forensik Kebangsaan Untuk Penguatkuasaan Undang-Undang (NAFSLE) 2023 di Maktab Polis Diraja Malaysia di sini hari ini. 

Mengulas lebih lanjut, Razarudin berkata, permohonan peruntukan penambahan dan menaik taraf aset siasatan sains forensik akan mengikut keperluan dari semasa ke semasa. 

“Seramai 300 peserta terdiri dalam kalangan pegawai polis dan agensi kerajaan menyertai simposium yang bermula pada Selasa lepas dengan tema Keadilan Melalui Forensik. 

“Selain berkongsi kepakaran, peserta didedahkan dengan inovasi peralatan berteknologi tinggi dalam membantu pengoperasian, penyiasatan dan pendakwaan kes-kes jenayah,”jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya