Ruhil Amani umum bercerai

Ruhil Amani umum bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Saya ingin memaklumkan dan mengesahkan yang saya dan juga bekas suami saya sudah empat tahun bercerai.”

Demikian pendedahan penyanyi, Ruhil Amani mengenai desas desus perceraiannya dengan suami, Jamil Wilson yang berlaku pada Mei 2019.

Jelas Ruhil, dia terpaksa merahsiakan status perkahwinan kerana mahu melindungi anaknya, Ariana yang bakal menduduki peperiksaan pada tahun sama.

“Sebelum ini saya mengambil keputusan untuk tidak memaklumkan pada kawan semua kerana tanggungjawab dan keutamaan saya adalah untuk melindungi anak saya, Ariana yang pada ketika itu berusia 15 tahun.

“Dia ketika itu menduduki peperiksaan penting dan anak saya, Raayan pula berusia lebih kurang lapan tahun. Tumpuan saya adalah untuk memastikan mereka dapat menyesuaikan diri dengan situasi kehidupan yang baru.

“Keputusan bercerai ini buat sesiapa saja pun, tidak akan pernah adil buat anak-anak,” katanya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Kawan itu enggan mendedahkan punca perceraian mereka demi menjaga privasi keluarga.

“Kalau boleh cukuplah sekadar keluarga, teman rapat dan mereka yang tahu sahaja. Lagipun perkara ini sudah lama berlalu.
Ini adalah takdir dan jodoh kami setakat di sini sahaja.

“Saya reda dengan perancangan Tuhan. Saya bersyukur anak-anak memberi kekuatan. Malah, keluarga dan rakan-rakan juga sentiasa memberi sokongan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ruhil enggan mendedahkan status perkahwinannya selepas berbincang dengan anak-anaknya dan enggan menimbulkan sebarang salah faham serta fitnah.

“Setelah berbincang dengan anak-anak, saya umumkan status kami untuk mengelakkan sebarang tanda tanya dan salah faham yang boleh menimbulkan fitnah.

“Anak-anak juga memberi pandangan kerana setiap keputusan turut melibatkan mereka,” katanya.

Ruhil mendirikan rumah tangga Jamil 2003 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ruhil Ariana Wilson, 19, dan Raayan Alexander Wilson, 12 tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN