Rombongan Kembara Kenali Borneo berlepas ke Miri

Rombongan Kembara Kenali Borneo berlepas ke Miri

SULTAN Hassanal Bolkiah serta delegasi Brunei hadir dalam majlis pelepasan rombongan Kembara Kenali Borneo. - FB ISTANA NEGARA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat lepas ke Bandaraya Miri, Sarawak, dalam siri Kembara Kenali Borneo yang memasuki hari ketujuh hari ini.

Menurut Istana Negara, Seri Paduka berdua berlepas dari hotel penginapan di Bandar Seri Begawan, Brunei pada pukul 10.30 pagi ini.

“Majlis pelepasan rombongan Kembara Kenali Borneo itu diserikan dengan keberangkatan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah. Turut berangkat, Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah. 

“Rombongan Kembara Kenali Borneo peringkat negeri Sarawak turut disertai Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. 

“Seri Paduka Baginda berdua dan rombongan dijadualkan tiba di Pos Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Sungai Tujuh, Miri, Sarawak pada pukul 11.30 pagi,” menurut hantaran di Facebook. 

Pengembaraan Kembara Kenali Borneo sejauh 2,154 kilometer menelusuri Sabah, Sarawak serta Brunei akan berakhir 13 September ini di Telok Melano, Sarawak. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN