Rombakan Kabinet tak mendesak - Anwar - Utusan Malaysia

Rombakan Kabinet tak mendesak – Anwar

ANWAR Ibrahim pada majlis pelancaran sambutan ulang tahun ke-60 Lembaga Tabung Haji di Menara TH Tun Razak. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan akan membincangkan rombakan Kabinet dalam sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, hari ini. 

Bagaimanapun beliau berkata, keperluan merombak Kabinet ketika ini adalah tidak terlalu mendesak kerana hanya terdapat satu kekosongan jawatan iaitu di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“(Pertemuan dengan) Yang di-Pertuan Agong ini, saya memang (menghadap) mingguan. 

“Mungkinlah (membincangkan berhubung rombakan Kabinet), mungkin saya terfikir. Tak mendesak sangat sebab yang kosong satu, saya dah minta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd. Ali dan Timbalan Menteri (KPDN), Fuziah Salleh memberikan perhatian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melancarkan sambutan ulang tahun ke-60 Lembaga Tabung Haji di Menara TH di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan kemungkinan berlaku rombakan Kabinet dalam masa terdekat melibatkan beberapa kementerian serta dakwaan rombakan itu hanya akan dilakukan selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai pada 7 Oktober ini.

Semalam Anwar secara ringkas berkata, beliau sedang mempertimbang perkara tersebut, di sebalik desas-desus bahawa akan berlaku rombakan dalam masa terdekat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya